Ya Allah, jika Kau sediakan pahala-Mu untuk orang yang taat dan rahmat-Mu bagi orang yang berdosa, jika aku tidak termasuk orang yang taat untuk mendapat Pahala-Mu, aku tetap mengharap Rahmat-Mu sebagai seorang yang berdosa... Amin...

Jumaat, 2 Mac 2012

Jiwa saya sendiri...


Belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya.

kata-kata Imam Al Ghazali.

diriku : semoga aku tidak keliru dan pening kepala... teringat pula lagu suratan atau kebetulan...

Isnin, 27 Februari 2012

Kenali AKU dan kenal pula dirimu...



Allah berkata kepada Daud, "Hai Daud, kenalilah Aku dan kenal pulalah dirimu".

Maka Daud bermunajat, kata baginda, "Wahai Tuhanku, aku kenal Engkau dan sifat keesaan-Mu, kekuatan yang Maha Agung dan hidup yang kekal terus-menerus yang tidak ada batasnya, dan aku kenal diriku dengan kedhaifan, kelemahannya dan tidak kekal".

diriku : kalau masih tak sedar diri.... tak tahu la....

Rabu, 22 Februari 2012

Keuntungan & Malapetaka


"Janganlah bersusah payah untuk mendapatan keuntungan dan jangan pula mencuba menghindarkan diri dari malapetaka. Keuntungan itu akan datang kepadamu jika memang sudah ditentukan oleh Allah untukmu, baik sengaja mencarinya maupun tidak. Malapetaka itu pun akan datang menimpamu, jika memang telah ditetapkan oleh Allah untukmu, baik kamu membencinya, maupun mencuba menghindarkannya dengan doa dan solat atau menghadapinya dengan penuh kesabaran kerana hendak mencari keredhaan Allah." 

- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

diriku : kadang kala kita akan marah dan berkecil hati bila ditimpa ujian... takut pula Allah tempelak kita balik .... "kata dalam Doa nakkan Redha dan Rahmat dari AKU, tapi baru diuji sikit dah bising... belum diuji besar lagi...." malu kita sendiri nanti.... Ya Allah, ampuni aku yang lemah...

Ahad, 19 Februari 2012

Penyakit dan Ubat

Allah Azza Wajalla menciptakan ubat dan penyakit.

Maksiat adalah penyakit, 
sedangkan taat adalah ubat.

Zalim itu penyakit, 
sedangkan adil itu ubat.

Salah itu penyakit, 
sedangkan benar itu ubat.

Menentang Allah itu penyakit, 
sedangkan taubat dari segala dosa itu ubat.

diriku : kadang-kadang untuk mencari ubat yang sesuai memakan masa bertahun-tahun... kena banyak bersabar...

Jumaat, 17 Februari 2012

Khamis, 16 Februari 2012

Perlindungan


Pesanan Imam Syafie :-


Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahiminassyaitannirrajim".  Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah ta'ala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita.  Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

diriku: aku berlindung dengan Allah dari Syaitan yang direjam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...